Myvi Drive Belt
Belt beli kat kedai spare part : Perodua Original Drive Belt Myvi 1.3.
Code: 4PK1705
1. Jack kereta separas boleh baring & buka
tayar depan sebelah driver
2. Buka skru 10 [belakang tanda No. 1] dan
klip [bertanda No. 2]
3. Buka Skru & Nat 12 yang mengikat bekas minyak power
steering dan ketepikan bekas untuk laluan tangan bagi melonggarkan skru 10
alternator yang sekaligus menjadi tensioner bagi drive belt
4. Longgarkan
skru 12 pemegang alternator dan skru 10 untuk mengendurkan drive belt supaya
senang dibawa keluar. Kemudian dilonggarkan juga skru 12 bahagian bawah
alternator
5. Buka drive belt yang lama & pasangkan yang
baru. Tegangkan belt baru melalui skru 10 panjang di sebelah atas alternator dan
ketatkan skru yang telah dilonggarkan sebelum tadi.
6. Letakkan semula bekas minyak power steering
ditempatnya. Pasang kembali belt cover & tayar.
7. Siap sudah proses menukar drive belt Myvi yang
sebelum ni berbunyi ‘squeaking’ memanjang setelah digunapakai selama 7 tahun.
Alhamdullillah.