Saturday, August 17, 2013

wan

wan ada dah
masa buat padi kepok bawah rumah
kulit kayu jadi dinding

liuk anak oteng paya rambai
ligat bercat empang konok
pancing jugak walau air tohor

itu hidup wan
jejari kedut kulit genggam serolan buluh
kecil mata bila bibir menghembus
marak api batang mengkudu mati

mata wan bergenang lagi
temelian dulu penuh sesira
seekor buat pekasam tujuh tempayan
sekali bah setahun tak mengikan
wan royat.. perlahan

Kopipes dr FB - [https://www.facebook.com/wehdatul.iman.1]


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Wednesday, May 1, 2013

Menukar 'Drive Belt Myvi'


Myvi Drive Belt


Belt beli kat kedai spare part : Perodua Original Drive Belt Myvi 1.3.
Code: 4PK1705

1. Jack kereta separas boleh baring & buka tayar depan sebelah driver

2. Buka skru 10 [belakang tanda No. 1] dan klip [bertanda No. 2]















3. Buka Skru  & Nat 12 yang mengikat bekas minyak power steering dan ketepikan bekas untuk laluan tangan bagi melonggarkan skru 10 alternator yang sekaligus menjadi tensioner bagi drive belt














4. Longgarkan skru 12 pemegang alternator dan skru 10 untuk mengendurkan drive belt supaya senang dibawa keluar. Kemudian dilonggarkan juga skru 12 bahagian bawah alternator 


















5. Buka drive belt yang lama & pasangkan yang baru. Tegangkan belt baru melalui skru 10 panjang di sebelah atas alternator dan ketatkan skru yang telah dilonggarkan sebelum tadi.
















6. Letakkan semula bekas minyak power steering ditempatnya. Pasang kembali belt cover & tayar.















7. Siap sudah proses menukar drive belt Myvi yang sebelum ni berbunyi ‘squeaking’ memanjang setelah digunapakai selama 7 tahun. Alhamdullillah.

Kredit untuk Amy Pomen