Sunday, July 3, 2011

KK Day 2

Pepagi dah ke Tamu Jalan Gaya

tamu gaya

pastu gerak ke muzium

muzium 2

pastu, kampung warisan tepi stadium.. diikuti oleh balai semni lukis sabah dan terus ke waterfront utk makan tengahari.

..singgah di pasar ikan masin, pasar filipina dan…

lobster

ada berani?.. heh

dan menuju ke tanjung aru..

Tg Aru 5

balik2 rupanya baru kul 7.45pm.. rasanya dh lama gila bejalan..

Thursday, June 30, 2011

Perjalanan akan bermula..

sabtu, 2/7.. dingan izinNya, aku akan pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.. haha

Wednesday, June 1, 2011

Saturday, May 28, 2011

Allahu Akbar dan bukan Allahu Ekbar....

Syukur masih ramai yang nak sembahyang berjemaah walau di surau sempit kompleks beli belah.

Sebelum sampainya masa untuk tayangan Lanun Caribbean, aku masuk ke surau kompleks itu untuk solat Zohor. Ada seorang lagi yang sudah selesai berwudhuk, dan masuk ke ruangan solat. Seusai wudhuk, aku terus berdiri disisi kanan imam dan iqamat; benar, dia sediakan tempat untuk aku jadi makmum. Semoga kami mendapat balasan baik untuk solat jemaah itu.

"Allaahu 'E'kbar.." takbiratul ihramnya.

"Allahu Akbar.." aku menurut dengan suara yang sekira-kira boleh dia mendengar, dan seterusnya begitulah sehingga tahiyyat yang ke empat, sebelum rukuk...

"Allahu Akbar.." menandakan dia tidak lagi dengan sebutan yang tadi..

..aku meneruskan menjadi makmum sehingga selesai mengaminkan doa ringkas imam aku. Semasa bersalaman aku minta maaf bersama senyuman, dan imam aku jawab dengan terima kasih.

Alhamdulillah, kami tunaikan kewajipan kami.

...dan aku akan teruskan perjuangan aku menidakkan sebutan Allahu 'E'kbar' menjadi Allahu Akbar..


wallahu a'lam..

Tuesday, May 24, 2011

Al-Ma'thurat dalam 30 hari bekerja

Tiap hari pun aku drive dari rumah, hantar isteri ke tempat kerja dia di PJ. Perjalanan ambil masa +-45 minit - 1 jam dan kadang-kadang mencecah ke 1 1/2 jam.

Suatu hari, terdengar penceramah yang menyarankan jemaah surau agar buat sesuatu semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Ingatan aku kepada pensyarah masa belajar dulu, yang menetapkan penghafalan 5 dari 40 hadith atau Al-Ma'thurat bagi melengkapkan 50% markah sebelum peperiksaan akhir.

Semenjak itu, aku memang tak pernah hafal Al-Ma'thurat ni pun walau sesekali pada pagi sabtu selepas subuh yang kekadang gajah, Al-Ma'thurat itu sendiri senyum pada aku. Aku akan baca, semestinya yang sughra.

Suatu hari sekali lagi, aku terbawa Al-Ma'thurat tu kedalam kereta dan sementara melayan perasaan beratur menunggu lampu hijau, aku buka dan aku baca sehingga ke

..lampu pun hijau, aku terus jalan.

berhenti lagi di lampu trafik yang lain, aku membuka lagi. dan kali ini agak lama. Aku boleh sambung sehingga..

..dan kerana terasa seronok, aku pergi ke parking Masjid Kolej Islam Malaya, seterusnya menghabiskan bacaan aku.

Hari-hari seterusnya aku terus membaca pada pagi ketika perjalan pergi kerja, dan juga petang waktu balik ke rumah.

Seminggu berlalu dan pada minggu kedua aku dah mampu menghafal separuh dari Al-Ma'thurat Kubra.

Begitulah rutin seharian, sampai genap sebulan bekerja dan akhirnya aku berjaya menghafal keseluruhan Al-Ma'thurat itu. Syukur aku pada Allah.

Monday, April 25, 2011

Kenapa aku tak menulis..

satu soalan yang keluar dari otak tetiba..

dan alasan-alasan yang datang dari otak yang sama:

1. tak ada idea
2. idea?.. ada-ada.. tapi sana sikit, sini sikit, kanan sikit, kiri sikit.. tak boleh fokus..
3. fokus.. hmm.. ~diam tanpa ulasan~
4. yang paling pasti.. sebab aku dah kurang sesangat membaca..

YAAA!!!!!

jawapan nombor 4 adalah puaka segala kemurungan minda.

Thursday, February 24, 2011

12 Pangkat Dalam Keluarga

Ini yang dikaji oleh arwah abah (Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku) aku, satu masa dulu. Lalu dikhabarkan kepada aku, dan aku nak kongsi di sini.

12 Buyut
11 Kelopok
10 Uning
09 Unang
08 Waring
07 Warang
06 Canggah
05 Muit
04 Moyang
03 Aki
02 Ayah

01 Saya

02 Anak
03 Cucu
04 Cicit
05 Cuit
06 Gamit
07 Chonteh
08 Monteh
09 Piut
10 Piat
11 Lekor
12 Beramin

Salasilah pangkat / panggilan ini berdasarkan dialek Temerloh dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ia mungkin berlainan sekiranya berada di tempat lain.

Selain dari itu, arwah abah aku jugak bagitau pasal susunan dalam adik-beradik:

1 Long / We
2 Ngah
3 De
4 Teh / Ndak
5 Tam
6 Cik
7 Lang
8 Cu

Selepas Cu, kalau masih ada lagi yang lahir, maka pangkat akan dimulakan semula oleh:

9 Long / We balik
10 Ngah balik
11 De balik
12 Teh / Ndak balik
13 Tam balik
14 Cik balik
15 Lang balik
16 Cu balik

Salasilah pangkat / panggilan ini berdasarkan dialek Temerloh dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ia mungkin berlainan sekiranya berada di tempat lain.

Sebelum aku lupa, baik aku kongsi kat sini.

Wednesday, February 23, 2011

Gen2

Kalau kita bawak keta belakang Gen2 di waktu senja / malam, kita tengok refleksi terbalik pada bonet Gen2 tu.

Ini tidak akan berkalu pada memana keta lain yang kita ikut.

Tuesday, January 18, 2011

Kopral Sibin - 2 jam untuk ini.... BeRbAlOiKe?

Terkesima Kopral Sibin tatkala terlihat sepasang kaki bertumit merah melangkah deras ke atas rumah. Ayunan kakinya pantas, memijak satu persatu anak tangga yang dikira lima semuanya. Hening subuh itu masih belum mampu dipecahkan oleh keriut mata tangga semasa diinjak.

Kalau tadi, Kopral Sibin yang memulas perutnya, berkejar menuruni tangga yang sama, hampir menyamai suara ungka memaut dahan. Keriut ngilu lantang terhambur.

Kali ini Kopral Sibin ternganga. Bukaan bibirnya yang baru menjamah Pall Mall merah usai titah sang raja tubuh, memungkinkan agas sesat melawat seketika. Terdetik di hati Kopral Sibin untuk bertanya sesudah dia tunduk sujud nanti.

Tengku Meria Jegho'eh, adik kepada madu ibunya. Seingat Kopral Sibin, dia yang beria-ia memanjat pokok kabung di darat masa Tengku Meria Jegho'eh berkenduri dulu. Cukuplah umbut sekawah jamu dua tiga khemah yang hadir. Lama dulu.

Kelmarin baru Kopral Sibin tahu. Umbut kabung itu sebenarnya jamuan untuk meraikan ikatan Tengku Meria Jero'eh, menerima pelawaan Mat Sintek. Sayang, belum sempat pudar inai di tiga jari, Mat Sintek dipanggil mengadap.

Setia Tengku Maria Jegho'eh dijunjung jemala. Mat Sintek yang berbaring menghadap kiblat selamanya, siapkan bekal untuk Tengku Meria Jegho'eh. Panjang seratus buka empat puluh baru atapnya. Kalau Tengku Meria Jegho'eh berlari anak laksana mengerjakan rukun sa'i di Mekah, tersembul juga semanik dua peluh. Itu baru dari depan ke belakang. Belum lagi buat sepusingan penuh.