Thursday, February 24, 2011
12 Pangkat Dalam Keluarga
Wednesday, February 23, 2011
Gen2
Ini tidak akan berkalu pada memana keta lain yang kita ikut.
Tuesday, January 18, 2011
Kopral Sibin - 2 jam untuk ini.... BeRbAlOiKe?
Terkesima Kopral Sibin tatkala terlihat sepasang kaki bertumit merah melangkah deras ke atas rumah. Ayunan kakinya pantas, memijak satu persatu anak tangga yang dikira lima semuanya. Hening subuh itu masih belum mampu dipecahkan oleh keriut mata tangga semasa diinjak.
Kalau tadi, Kopral Sibin yang memulas perutnya, berkejar menuruni tangga yang sama, hampir menyamai suara ungka memaut dahan. Keriut ngilu lantang terhambur.
Kali ini Kopral Sibin ternganga. Bukaan bibirnya yang baru menjamah Pall Mall merah usai titah sang raja tubuh, memungkinkan agas sesat melawat seketika. Terdetik di hati Kopral Sibin untuk bertanya sesudah dia tunduk sujud nanti.
Tengku Meria Jegho'eh, adik kepada madu ibunya. Seingat Kopral Sibin, dia yang beria-ia memanjat pokok kabung di darat masa Tengku Meria Jegho'eh berkenduri dulu. Cukuplah umbut sekawah jamu dua tiga khemah yang hadir. Lama dulu.
Kelmarin baru Kopral Sibin tahu. Umbut kabung itu sebenarnya jamuan untuk meraikan ikatan Tengku Meria Jero'eh, menerima pelawaan Mat Sintek. Sayang, belum sempat pudar inai di tiga jari, Mat Sintek dipanggil mengadap.
Setia Tengku Maria Jegho'eh dijunjung jemala. Mat Sintek yang berbaring menghadap kiblat selamanya, siapkan bekal untuk Tengku Meria Jegho'eh. Panjang seratus buka empat puluh baru atapnya. Kalau Tengku Meria Jegho'eh berlari anak laksana mengerjakan rukun sa'i di Mekah, tersembul juga semanik dua peluh. Itu baru dari depan ke belakang. Belum lagi buat sepusingan penuh.
Wednesday, December 15, 2010
Status Din Madani - 15122010
جاء جليبيب إلى رسول الله ،صلى الله عليه وسلم، فتبسم عليه الصلاة والسلام، لما رآه، وقال وهو يناصحه: ((يا جليبيب أتُريدُ الزواج؟ فقال يا رسول الله: من يزوجني، ولا أسرة عندي، ولا مال، ولا دار، ولا شيء من متاع الدنيا. فقال عليه الصلاة والسلام: اذهب إلى ذلك البيت من بيوت الأنصار، فأقرئهم مني السلام، وقل لهم: إن رسول الله ، يأمركم أن تزوجوني))،فذهب وطرق عليهم الباب وكانوا من سادات الأسر، ومن كبريات العشائر في الأنصار، فخرج ربُّ البيت، ورأى جُليْبيبًا وهيئته وفقره وعوزه، فقال له ماذا تريد؟ فأخبره الخبر، فعاد إلى زوجته، فشاورها، ثم قالوا: ليته غير جليبيب؛ لا نسب، ولا مال، ولا دار، فشاوروا تلك البنت الصالحة، التي تربت في مدرسة التوحيد، فقالت: وهل نردُّ رسولَ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم ، فتزوج بها، وعمر بيته الذي أسسه على تقوى الله - عز وجل – ورضوانه، ترفرف عليه المسكنة، ويزينه التكبير والتهليل والتحميد، وتظلله الصلاة في الهجيرِ، والصيام في شدة الحر.وحضر النبي صلى الله عليه وسلم ، معركة من المعارك، فلما انتهت بالنصر، قال صلى الله عليه وسلم، لأصحابه: ((هل تفقدون من أحد؟ قالوا: نعم، فلانًا وفلانًا وفلانًا. ثم قال : هل تفقدون من أحد؟ قالوا: نعم، فلانًا وفلانًا وفلانًا. ثم قال : هل تفقدون من أحد؟ قالوا: لا. قال: : لكني أفقد جليبيبًا فاطلبوه فطُلب في القتلى، فوجدوه إلى جنب سبعةٍ قد قتلهم، ثم قتلوه، فأتى النبيُ صلى الله عليه وسلم، فوقف عليه، فقال: قتل سبعةً ثم قتلوه. هذا منِّي وأنا منه، هذا مني وأنا منه، ثم وضع ساعديه، ليس له إلا ساعدا النبي ، ثم حُفِر له، ووضع في قبره)) رواه مسلم.
Julaibeeb رضي الله عنه datang berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kemudian Rasulullah menasihati Julaibeeb dan bertanya kepadanya : Wahai Julaibeeb adakah kamu ingin bernikah? lalu di jawab, siapalah ...nak kat saya wahai Rasulullah. Saya ni tak de keluarga, tak de harta, tak de rumah, tak de duit (miskin la tu-penterjmh)..lalu baginda menyuruh Julaibeeb berjumpa dengan satu keluarga dalam kalangan al-Ansar. Ko g jumpa diorang, cakap yg aku suruh mereka kahwinkan ko..ko g laa...(penterjmhn bebas lagi malas)...mmg si Julaibeeb ni pegi sungguh ke rumah tu dan jumpa big boss rumah tu dan mintak kat dia (tuan rumah) suruh kawinkan dirinya (Julaibeeb)..
tuan rumah tu kata, nanti jap..lalu dia bincang ngan isteri dia sambil mereka kata (mengapa la mamat sorang ni, dah la miskin, tak de harta..) kemudian diorang tanya anak dara diorang (anak dara solehah yg terdidik dalam suasana tauhid ), mak ayah: kenapa kita nak tolak utusan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ?..pendek crita diorang kawinkan anak dara diorang ngan Julaibeeb ni..(simplenya..ada bran???-penterjmh)
suatu hari, ade la seruan berjihad..Julaibeeb ni pun ikut sama berjuang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم(terjemhn bebas lagi). Abis je peperangan t...u, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya : Ada sesiapa yg hilang dari kalangan keluarga korang (sahabat)?..tak de jawab sebahagian sahabat..lagi ada sapa yg hilang tanya Nabi..tak de Rasulullah jawab sahabat lain..lagi ade yg hilang? ada wahai Rasulullah..ni Julaibeeb ni hilang..so search n rescue team pun mula cari dalam kalangan mereka yg tewas (terkorban)..check2 jumpa la Julaibeeb ni ada bersama 7 org musuh..dia dah bunuh 7 org ni lalu dia juga terbunuh...lalu Rasullah صلى الله عليه وسلم bersabda : dia daripadaku dan aku daripada dia. lalu baginda angkat dan letakkan jenazah Julaibeeb ni dalam kubur dengan kedua2 lengan baginda yg mulia صلى الله عليه وسلم....
Riwayat Muslim
Friday, October 1, 2010
Thursday, September 16, 2010
BER salam raya
9.15, roti pun siap.. tapi teh tarik belum habis.. pelanggan lain, 3 orang yg sedari tadi berbincang kat meja sebelah pasal sambutan raya peringkat kawasan melibatkan semua persatuan, koperasi, masjid dan lain-lain bangun.
terasa senang hati betul beli makanan kat kampung nih, sesama pelanggan pun bersalaman sebelum melangkah pergi bertemu katerer diorang.
tapi...
tangan dihulurkan.. mulut lancar jee mengucapkan selamat hari raya.. aduss..
aku sambut tangan dia sambil kata kuat sikit.. Sallallahu 'alaihi wassallam.. terpinga dgn sambutan aku, yang ke2 & ketiga sama jugak masa bersalam.. selamat hari raya kata mereka..
aku ubah taktik sket.. Allahumma solli'ala Saiyidina Muhammad.. tersengih yang ke2 dan ke3..
....................... sejak bila pulak ada ucapan lain lebih baik dari berselawat masa bersalaman.. hmm..
aku je yg tak peka kot.. heh.
Wednesday, August 18, 2010
lpnbelaslapanseploh
setiap titis air wakaf masjid akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap kamu, melainkan sekiranya kamu sekurang-kurangnya menunaikan solat sunat dua rakaat. (+- lebih kurang macam tu lah) - jdnya, kalau ke masjid, surau, musolla, bilik sembahyang dan yang seangkatan dengannya, maka berniatlah i'tikaf dan solat sunat dua rakaat. bukan setakat dapat melepaskan hajat aje..
tghari..
sebuah S40 korporat berplet no singapora.. menghampiri aku yg sedang mengisi angin tayar..
lokasi: stesen BHP jalan gasing depan bgnn kwsp
s40: excuse me.. do you know where is jalan tanjong 5/4.. - sambil menunjukkan BB Bold 9700 baru dia pd aku
aku: err.. maybe its around here..
s40: oh yea.. where?..
aku: hmm.. wait seminit.. - sambil mengambil chinese clon HTC HD dr tpt duduk passenger aku. aktifkan garmin mobile xt dan mencari... mencari.. mencari..
s40: owh.. i tried with google map in this BB.. not showing.. tried here also (sambil mengeluarkan iphone 3GS 32GB) - not showing as well.. sigh..
aku: aa.. its here.. go straight, first left to 5/12 and another 1st left to 5/17 and you'll find 5/4..
s40 (2) : my tibo (sambil mengeluarkan TiBo B5000 dr dlm keta..) also didn't show anything..
s40: he got already.. err.. using his phone GPS only.. what phone is it? - dia tanya aku..
aku: mengeluarkan bisnes kad dan hulurkan sambil berkata.. just in case.. i'm using a cloned HTC HD fr china with Garmin Mobile XT only.. (dengan sengihan 360degree)
s40 & s40 (2) tercengang sambil senyum sumbing dan masih memegang Balckberry Bold 9700, Apple iPhone 3G s, dan TiBo B5000
aku: (dlm hati) - Alhamdulillah syukur.. walaupun dgn enpon klon dpt aku tlg mamat singapora tu cari jalan yg dia nak pegi..
ironinya.. brg mahal tak semestinya bagus.. oleh itu.. bila laa kampeni aku nak kasi BB Torch nih.. hahaha

